Saturday, July 28, 2012

REPEATER, RAMADHAN DAN OLIMPIK

Salam Ramadhan kepada pelawat blog ini yang dah lama tak up date, hari ini adalah 1 Ramadhan1433/21/07/2012 mulanya berpuasa Ramadhan bagi kita sebagai menyempurnakan rukun Iman yang ketiga. Selesai sahaja solat subuh....dan sedikit tilawah quran. Jam dinding 7.30 pagi dengan berpakaian tracksuit kerana planing pagi ini ialah bersama dengan 9M2ZS, untuk survey beberapa bukit sekitar lokasi Chuping yang agak mudah untuk meletakkan Repeater 9M2RMK. Coveragenya kurang efisien bagi Terestrial/mobil yang melalui Lebuh raya Utara-Selatan serta ada blind spot beberapa tempat  amnya. Planing tu nak naik seawal jam 8.00 pagi tapi bila sampai kat QTH ZS lain pula jadinya eyeball sampai jam 1400....cuaca panas betul hari pertama Ramadhan . ..Bukit yang mula diterjah adalah Bukit Tuntong/Pauh...yang ketinggian cuma 128m sahaja yang yang  mana telah diletak sebuah Repeater Commecial. Insyallah selepas satu mesyuarat JKR/MARTS akan berlangsung....bagi melaksanakan projek ini....

 
217m -9M2RMK TO UP( 217m)


Banjaran Nakawan diliputi Kabus pada jam 8.00am lokasi Ampang Tasoh
 Jalan Kaki Bukit.


Bukit Guar Sami, Kubang Tiga(229m)

Bukit Keteri, Chuping

Bukit Merah(221m)

II) "Lambat lagi kah nak puasa tanya harmonic kecil Aku pabila mendengar XYL berbual pasal persiapan Ramadhan.....teringat AKu ketika zaman kanak-kanak cukup menyeronok dan suasana harus kita terap didalam jiwa kita. Kerana bulan inilah  untuk kita beribadah pelbagai amalan kita kita boleh lakukan. Tadarus Quran, Solat Tarawih, beritikaf didalam masjid. Bagi kita yang agak liat untuk ke masjid mungkin bulan puasalah untuk memulakan ke masjid berjemaah...sifat berat(bila dan berbuka perut yang dah penuh) dan malu secara sendirikan akan terhakis moga kedatangan Ramadhan kali Allah Swt menguatkan iman kita untuk terus berubudiah kepadaNya.

III)   Olimpik 2012 kali ini berlangsung didalam bulan yang mulia bagi kita orang yang beriman tentu ada hikmahnya lebih lagi malam ni adalah game untuk Malaysia memburu emas pertama dapat tidak dapat tidaklah kita terkantoi solat terawih berjemaah untuk ambil port kat kedai mamak atau rumah. Godaan ini juga mesti kita lawan andai kita boleh melakukan solat Terawih dirumah pada 2/3....malam sebelum subuh esoknya.  

Tulisan kali sama sekali bukan untuk mencapub........hanya sekadar luahany penulis sendiri yang mungkin untuk mengingati diri sendiri.

Salam Ramadhan...............