Tuesday, August 21, 2012

AMATEUR RADIO GMT DAN KAABAH

Salam Aidil Fitri Maaf Zahir Batin.......bertemu lagi pada hari Mulia ini iatu dah hari ketiga kita menyambut nya bagi meraikan kemenangan kita

GMT/UTC.........bagi semua ham radio sudah sinonim dengan 2 perkataan tersebut dimana setiap QSO......mestilah logkan mengikut masa GMT....ini juga adalah standard yang telah ditetapkan pada agensi Penerbangan Awam, ATM, PDRM, malah securitiy atau jaga sekolah sekali pun. GMT dirujuk di mana garisan bujur 0 darjah di Greewich !. Nama ini ambil sebagai garisan bujur Meridian Pangkal atau Garisan Greenwich bernilai 0 darjah. Bandar Greenwich terletak 6 batu dari bandar London juga merupakan bandar sejarah dan menjadi kebanggaan warganya malahan telah diumumkan Warisan Geopark. Kewujudannya sebagai Royal Greenwich Observatory atau Pemantauan Greenwich, ia dibina pada tahun 1675 untuk mengkaji bintang dan juga kedudukan garisan bujur.



Mekah Pusat Bumi


Fakta yang jelas dari Saintis telahpun tersebar di Internet tetapi web tersebut telahdipadam...................GMT hari ini adalah merujuk di Ka'bah bukan lagi Greenwich, London. Ka'bah adalah kiblat bagi kita sebagai adalah arah solat kita.Istlah Ka'bah dalah bahasa Quran  dari kata "ka'bu" yang bererti "mata kaki" atau tempat kaki berputar/pusat bumi bergerak untuk melangkah. Surah Al-Maidah ayat 6 dan 96-97 yang mengandungi istilah "Ka'bah" yang berertinya nyata "mata bumi" atau sumbu bumi" kutub pusingan utara bumi.
Neil Amstrong telah membuktikan  bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet bumi, fakta ini telah diteliti melalui penelitian ilmiah. Ketika Neil Amstrong pertama kali melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, "Planet Bumi ternyata menggantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?".



Para Angkasawan telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkan di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut telah ghaib yang seperti ada alasan tersembunyi disebalik penghapusan website tersebut. Setelah melakukan kajian lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di Kota Mekah, tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan radiasi tersebut bersifat Infinite(tidak berhujung), hal ini dibuktikan ketika mereka mengambil photo planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para penyelidik Muslim mempercayai bahawa radiasi ini mempunyai ciri-ciri tertentu dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat(Baitul Makmur).

Menurut Prof. Husein Kamel mencari fakta yang mengejutkan bahawa Mekah juga pusat Bumi, pada mulanya ia meniliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota kota besar di dunia. Untuk tujuan ini, ia menarik garis-garis sejajar hanya untuk memudahkan unjuran garis bujur dan garis lintang. Setelah dua tahun dari pekerjaan yang sukar dan berat  itu, ia dibantu oleh program-program komputer untuk menentukan jarak-jarak yang benar dan variasi-variasi yang berbeza, dan banyak hal lainnya. Ia kagum dengan apa yang ditemui, bahawa Mekah merupakan Pusat Bumi.





Ia menyedari kemungkinan menggambarkan suatu lingkaran dengan Mekah sebagai titik pusatnya dan garis luar lingkaran itu adalah benua-benuanya. Dan pada masa yang sama, ia bergerak bersamaandengan kelilingan luar benua-benua tersebut. Gambar -gambar satelit muncul kemudian pada tahun 90an, menekankan hasil yang sama ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan bumi dan geogarafi waktu daratan itu diciptakan. Telah menjadi teori yan mapan secara ilmiah bahawa lempengan-lempengan bumi terbentuk selama usia yang panjang, bergerak secara teraturdi sekitar lempengan Arab. Lempengan-lempengan ini terus menerus memusat ke arah itu seolah-olah menunjukkan Mekah. Kajian ilmiah ini dilaksankan untuk tujuan yang berbeza, bukan dimaksudkan untuk membuktikan bahawa Mekah adalah pusat dari bumi. Bagaimanapun kajian ini diterbitkan didalam banyak majalah sains di Barat. Allah berfirman didalam Al-Quran sebagai berikut MAKSUDNYA: "Demikianlah kami wahyukan kepadamu Al-quran daidalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura(penduduk Mekah) dan penduduk(negeri-negeri) sekelilingan...(Asy -Syura:7) 
Kata 'Ummul Qura' bererti induk bagi kota-kota lain, kota-kota disekelilingnya menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada disekelilingnya. Lebih dari itu, kata ummu(ibu) mempunyai erti yang penting didalam kultur Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain sebagaimana dijelaskan pada awal kajian ini. Selain itu, kata 'Ibu' memberi Mekah keunggulan di atas semua kota lian.

Mekah dan Greenwich
Berdasarkan pertimbangan yang saksama bahawa Mekah berada tengah-tengah bumi sebagaimana yang dikuatkan oleh kajian-kajian dan gambar-gambar geologi yang dihasilkan oleh Satelit, maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. Hal ini akan mengakhiran kontroversi lama yang bermula empat dekad yang lalu. 

Ada banyak perbalahan ilmiah untuk membuktikan bahawa Mekah merupakan wilayah kosong bujur sangkar yang melalui kota suci tersebut, dan ia tidak melewati  Geenwich di Britain. GMT dipaksakan pada dunia ketika majoriti negeri didunia berada dibawah jajahan Inggeris. Jika waktu Mekah yang diterapkan , mka mudah bagi setiap orang untuk mengetahui waktu solat. Mekah adalah Pusat dari lapisan-lapisan langit.  



Dari dalil dan Nas yang menyiratkan fakta ini. Allah telah berfirman , "Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus(melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan."(Ar-Rahman:33)

Kata Aqthar adalah berbentuk jmak dari kata'qutr' yang beerti dia, danm ia merujuk pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.
Dari ayat ini dan dari hadis dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi(tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, maka bererti bahawa Mekah juga berada di tengah- tengah lapisan-lapisan langit.
Selain itu ada hadis yang mengatakan bahawa Masjidil Haram di Mekah tempat Kaabah berada itu ada ditengah-tengah tujuih lapisan langit dan tujuh bumi(maksudnya tujuh lapisan yang membentuk bumi.

Subhanallah


Untuk sebagai rujukan juga bagi UTC juga boleh dirujuk pada pautan :