Tuesday, September 7, 2010

SESUDAH SUBUH

 KETUK-KETUK CW
Alhamdulillah, syukur kehadrat kepadaNya, Salam hormat serta Selamat berpuasa kepada pelawat blog saya yang dah lama tak up-date. Malas!! dan kadang-kala kekeringan ideal. Saya lebih suka membaca blog rakan -rakan ham yang bermacam bahan sebagai rujukan. Kelmarin Ujian CW Ke-2 telahpun berlangsung di Cyberjaya daripada 31 calon hanya 8 berjaya mengterbalik W kepada M tahniah diucapkan 'duit raya'lah bagi mereka yg akan menyambut Hari Lembaran tak berapa hari lagi. Result secara tak rasmi yg berjaya mengterbalikan W kepada M ialah : 9W8SYA, 9W2TRX, 9W2LMF, 9W2MHG, 9W2BAL, 9W2CLN, 9W2OGH dan 9W2BJT. CW  kali ini tidak dapat hadir walaupun telah lesson beberapa tahun tapi tidak dapat hadir juga. Tahniah kepada 2rakan dari QTH berdekatan 9W2AZV dan 9W2ATR telah mencuba nasib kali ke 2 tetapi kecundang juga, kecewa bukan prinsip kita. Bila penulis berpendapat  pasal CW adalah matlamat akhir dalam dunia ham radio dan juga punca mulanya berkecimpung dalam dunia ham radio, sejak 1993 lagi dan mula mendekati beberapa ham dari satu Salt Mine iaitu ; Manan-9M2PZ(Ex Callsign 9M2MP)Azelan-9M2AT, Nazli-9M2NO, Haron-9M2YR, ketika saltmine di Kilang gula Felda, Chuping. Setelah bertemu dgn mereka baru dibawa berjumpa Non-9M2ZS, Che Mat-9M2AH, Zalmi-9M2ZB, Ghani-9M2BL, Pak Jamel-9M2JP, Dato' Pawanteh-9M2PZ(SK)Kita semua telah faham Pra-syarat untuk kelas A mesti menduduki CW(8Wpm)ketika era tahun 1980an. Sekarang dah pun dinaikan 12Wpm. Walaupun IARU telah membubarkan Ujian CW pada tahun 2003 di persidangan WRC03 (World Radio Conferance ) yang diadakan di Geneva. Pihak IARU telah mengusulkan supaya Morse Code dimansuhkan. Setelah mengkaji kertas kerja yang dibentangkan. Pihak "ITU" sebulat suara bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh IARU walaubagaimanapun terpulang kepada pihak berkuasa negara masing-masing samada mahu menghapuskan Ujian tersebut atau mengekalnya.

Negara-negara saperti UK, Singapura, Australia, Amerika, Canada dll menghapuskannya walaubagaimanapun ada setengah negara masih lagi menetapkannya dan ada setengah negara mengambil inisiatif menurunkan kelajuan Morse Code 5WPM dan 8WPM dan tak kurang juga mengekalkanya Bagi Pendirian Malaysia :
Mengikut Garis Panduan Radio Amatur 2004 Dimuka 10 ada menyebutkan Amateur Radio Class A "From 1st April 2007, pass in morse code practical will no longer be a requirement". However practical examination will continue to be organised at a regular interval for those who require such recodnition. Ini yang tertulis didalam Garis Panduan Radio Amatur 2004 walaubagaimanapun perkara tersebut masih belum di pratikan atau mendapat penjelasan yang jelas. Menurut sumber-sumber yang diperolehi perkara tersebut tidak boleh diterima pakai. SKMM masih lagi mengekalkan ujian Morse Code 12wpm untuk AA Class A.
12WPM. Pada tahun 2005 pihak MARTS dan MARES mengusulkan kepada SKMM secara bertulis supaya ujian Morse Code di kekalkan tetapi kelajuan nya diturunkan ke 5wpm. Namun sehingga kini kertas cadangan tersebut tidak mendapat reaksi yang positif. Semoga Ramadan yamg mulia ini berharap pihak berkenaan melihat kembali perkara tersebut yang mungkin memberi pulangan yang baik.
Apapun CW Test untuk tahun ini sudah dijalankan maka tahun depanlah kita cuba lagi. Bagi yang telah lama dok dengar CW ni lastly test ialah Mac 2008.
Salam Ramadan, dan selamat hari raya kepada semua warga ham Malaysia.