Tuesday, September 14, 2010

ZIARAH AIDIL FITRI

Salam Aidil Fitri buat pelawat blog ini, Ramadan dah pun berlalu sdar tak sedar ini dahpun 5Syawal, buat semua rakan yg menghantar SMS ucapan Raya pada Aku tempuhari maaf dipinta kerana  yang sempat membalasnya. Raya kali ini sempat ziarah kerumah OM -9M2AR, Cikgu Rahman di Alor Setar dan 9W2TZ,  eyeball kami amat serius dengan ditemani 9M2YAS -Alias dan 9M2AMZ-Dik Wan amat rancak sekali.Pada Aku hanya lebih suka mencungkil pengalaman OM-9M2AR, Riwayat Cikgu Rahman ni amat menarik dimana beliau memulakan hobinya mendengar CW dulu beberapa tahun sebelum menduduki RAE lagi. Beliau mendengar message Kapal menghantar maklumat kepada station pantai so 9M2AR sudah boleh copy CW tersebut. Pada demo yang beliau buat ketika kami berkujung raya petang kelmarin sempat Aku rakamkan :


Lebih kurang setengah jam di QTH OM-9M2AR itupun kami terus jelajah raya ke  teratak 9W2TZ, eyeball kami hampir 3jam apatah pula diring dengan Mee Kari Alor Setar resepi turun -temurun OT 9w2tz.
Sampailah kami dekat naik balik baru kami dibawa ke bilik Shacknya yg dalam progress . Fulaaaalamak punyalah banyak dia punya peralatan ada, semuanya dibeli dalam ebay Aku  hampir-hampi nak sambar Quabical Quad dah pun masuk dalam Tin Can tapi dia ambik balik he....he.......ini gambar yang dibenarkan ambik he..he...kenalah anda pi tengok sendiri





 L-R: 9M2YAS, 9M2AMZ, SWL MIE, 9W2TZ

L-R: 9W2KBO with Harmonic, 9W2LDI, 9M2MSO, 9M2AMZ

Sejam sebelum kami ke Alor Setar 9M2AMZ menerima kunjungan Raya Rakan ham dari Penaga dan Arau 


Jamuan Bihun oleh OT 9M2AMZ, 9W2EZE pun ada juga.