Wednesday, October 10, 2012

KUNJUNGAN MALAM

05 Okt 2012 lalu ....Yang lalu sambil mengikuti UKMR, Bukit Selambau, SP, jam 1900hrs terus melapor diri bersama 32 orang Briged Muda saltmine. Selesai Taklimat Keselamatan.........jam 2200 terus keluar bersama 2 rakan niat dihati tu dah lama nak pergi ziarah Cikgu Marzuki aka.OM- 9M2MZ...Aku lebih mesra memanggilnya 'Cikgu' orang lama ni ilmunya banyak. Hatiku kecil merungut.....malam begini nak ke rumah Cikgu pun kami 'tak tau tang mana'(bahasa org Perlis...bermaksud tak pernah pergi langsung). Nak QSO Kebetulan Mobile rig dah dibuka keluar untuk checking coaxial cable yang short so tak sempat pasang balik......HT pula bateri pula kong. So LL saja setelah mendapat petua dari cikgu kami pun menerus perjalanan ke basenya, malam kelam betul sebab jalan melaluinya betul agak dalam walaupun dari jalan Utama Gurun-Jeniang 3KM selepas exit Tol Gurun. Drive punya  drive sambil berbual terlepas lak base Cikgu....3 kali pusing sampai hilang terus guide jalan ke rumahnya. Hinggalah datang seorang SWL terus follow dgn Kapcainya.
KENANGAN BERSAMA OM-9M2MZ

Sejarah Cikgu Marzuki memulakan Radio Amatur pada zaman dulu amat terhad dengan tidak kemudahan internet, HP....majalah begitu terhad hingga terpaksa bermalam untuk pergi menjadi SWL ketika dulu sebab ketika itu populasi ham ketika amat kecil bilangannya apatah kami di utara semenanjung . Penulis masih lagi ingat ketika SWL sekitar 1994 dulu cuma monitor saja dan hanya pinjam rig. Lastly rig tu dapat dibeli juga daripada 9M2NO-Nazli Othman, info yg saya dpt rig tu juga datang rakan ham KL walaupun sebuah rig secondhand saja TAPI MASIH ELOK  dengan harga RM250.00. Bayar pula ansuran aje sebab gaji waktu amat kecil, mula tu diberi pinjam dengar manakala Mic pula tak di kasi nanti gatal tangan dok TX. So monitor jam 9.30 pagi ahad saya mendengar 7040meg. Dan setiap hari Selasa ptg monitor lah beberapa ham(9M2ZA, 9M2RI, 9M2EG, 9M2FK,) jika bilan posa boleh dengar diorang dok mereka menu apa yang sedap berbuka antaranya jika 9M2ZA dia nanti cerita ayam tandorila....macam2. Coleteh mereka membuat kita tergelak sama ketika dok monitor. Tahun tu 1995 ......kadang2 dok monitor Brunai Darul Salam Net V89 itu sebelah malam lah tak ingat mungkin Rabu kut. Jika bernasib baik jika rajin monitor di 7040 akan terdengar tution Put Thai on air antara 9M2ZA dgn HS0AES(Thida, editor majalah 100watt Thailand) Penulis ketika tu pernah eyeball ketika Seminar RDF ASEAN 1995, Universiti Of Songkala, Hatyai. Ketika tu lah baru betul reallah dapat jumpa 9M2CJ, 9M2EG, 9M2RI, 9M2ZA(menjadi perantaraan bahasa kerana seminar diadakan dalam bahasa Thai) Distu juga penulis dapat bertemu juga 9M2MZ, 9M2HN-EX-9W2HN Pak Hassan)dari kedah. Beberapa ham dari BG(Cing)China, yang ramai sekali Thailand. Dari Perlis 9M2YR, 9M2ZS, 9M2AT dan penulis ketika masih SWL.

Teringat....... dulu jika nak berhubung dengan ham 9M2 dulu hanya LL. Panggilan dulu cajnya agak mahal jika siang.....so Callbook MARTS lah yang menjadi rujukan mencari rujukan atau menimba ilmu atau jika rajin terus ke rumah untuk belajar atau monitor.....antara yang pernah penulis call adalah 9M2DI(yang pertama), 9M2AL-Pak Alan, 9M2MZ Cikgu Marzuki, 9M2SV-SK(Al-Fatihah) 9M2AA, 9M2ZA, 9M2DA, 9M2FK.

Kesimpulan disini SWL ketika itu mempratikkan peraturan dan mengikut Akta Komunikasi.....JIKA tidak ada rasa hormat, patuh pada perkara di atas dah lama penulis menjadi 'Pirate', tetapi kini saya harap tidak sebalik berlaku tidak rugi jika menjadi manusia yang mengikut Akta dan Peraturan sedia ada baik kita memandu atau berkomunikasi dengan hobi yang kita rasa hebat ni.

73'
QRT