Tuesday, December 14, 2010

LENGGUH DIHARI CUTI

1Muharram 1432/7 Nov 2010 adalah hijrah kami yang pertama pada awal pagi itu ke QTH 9M2YAS walaupun hujan telah awal subuh lagi membasahi bumi menandakan bermula hidup baru didalam kalendar Hijrah kita. Andaikata apa saja yang ingin ubahkan atau laksana yg terbeku didalam hati kita ini masih lagi belum ditunaikan atau dilaksanakan. Apakah cara hidup kita berada dilandasan syari'e atau sebaliknya dengan mengikuti garis panduan Q&S. Maka wajib bagi kita sebagai ketua keluarga memperbetulkannya. "Setiap kamu akan disoal akan apa yang kamu lakukan "(Maksud Hadis) Hampir 25 minit pemanduan untuk sampai QTH YAS, dengan ditemani oleh pemuda yang masih muda dalam dunia ham dan segala-galanya iaitu 9M2AMZ. Fikiran hati Ku terhenti terus bermakna telah sampai QTH YAS. Hujan masih turun agak renyai2 juga dilihat 9M2YAS dah pun memulakan kerja lebih awal lagi sesudah subuh agaknya. Salam kami terus disambut "Ah Wasahlan Ya Sahabat"!! sarapan pagi  dan hidangan lain Kek Lapis hasil homebrew XYL YAS, tengok jam hampir 8.30am janji nak mula awal 7.30am tapi Aku dan Dikwan dah perkena awal lagi roti canai di Pekan Balai Baru(Bukan Pekan Baru!! )
Tiba-tiba suasana Taman Desa Kayang kira-kira 3KM dari bandar Kangar dikejutkan dengan seorang lelaki yang dikenali sangat sekali cuba memanjat menara Pemancar hak milik sebuah Stesen Radio Amatur, Aku yang berada berdekatan di lokasi terus merakam secara amatur saja bahkan dulu pernah juga berkhidmat secara Volunters sebagai Wartawan Sinar Hairan bagi Zone 28/54 he.......he.................he............................. Kerja menaikan Yagi yang seberat 13kg tidak melengguh tulang-belulang tapi gayat yang membuat agak sepoi tetapi gayat tak kenai juga lah atas bumbung YAS tu apapun 9M2YAS dah pun berada di atas tower yang dibikin sendiri secara pelan2 sejak tahun 2007 lagi yang setinggi 45kaki.. Kecut perut Aku untuk naik ke atas bumbung sebab berat Aku Tanpa Muatan(BTM)adalah 105kg....he........................................he..........agak ada nak patah tangga ni YAS tanya Aku pada Yas.....dikata jika tangga tu patah jangan jadi tangga lah katanya pada tangga!
YAGI TRIBANDER A3S SEBELUM DINAIKAN

Alangkah bahagianya 9M2YAS hari dapat segala dari usaha yang berbaloi-baloi kata Apek Senario!! tapi bab kata pepatah "Jika tak dipecah Ruyungnya masakan nak dapat Sagunya" duit ringgit, kemahiran atau skill serta minat mesti ada pada diri seorang Ham Radio supaya segala kos menjadi murah lah sikit.Bilamana kita membuat sendiri seronuk kata 9W2PH(Puad dari Parit Buntar)ketika satu mas dulu QSO di Repeater Gunung Jerai apabila sesuatu perkara itudapat kita buat sendiri. Jangan kita hairan da ham nak Solder PL259 dengan RG58 pun belum tau lagi walhal dah 15tahun dalam dunia ham..Itu belum lagi bagi report repeater atau respon sesuatu Calling dari mana-mana stn. Jangan kita tergelak apabila mendengar QSO antara stn by stn untuk meminta nombor talipon biarlah negatif diletak pada tempat yang betul dan positif diletak pada terminalnya nanti burn power supply kita jadi............................................siap duit pula kita dengan kesilapan kita meletak positif dan negatif tempat yang betul, tepuk dada......... tanyalah pada yang lebih mengetahui.
Get Ready to Up ZRZ
BOLEH TAHAN KA NI, JIKA AKU PANJAT!!

 9 WANITA 2 LELAKI INDIA


DAH SIAP PUN PASANG