Saturday, February 9, 2013

BERJIWA AMATURKAH KITA?

Sedar atau tidak tahun dah berubah maka azam kita untuk berubah mesti dilaksanakan. Begitu juga kita matangnya atau tidak  berkecimpung dalam dunia 'ham radio' tentulah kita mesti pelajari dari ham yang  lebih berpegalaman atau berpengetahuan didalam bidang yang kita ceburi. Usah menjadikan Orang lain 'Pak turut' kita atau lebih kejam lagi disebut "Taqlit". Pepatah melayu juga popular dengan "Mengata Dulang Paku Serpih" atau bahasa anak muda sekarang "MENGCAPUB"!(cari dalam kamus ada kut). Pepatah Inggeris juga ada "The kettle calling the black pot". 

Bagi yang ingin lebih detail secaranya ilmiah belilah buku2 atau melayari web yang bercambah bahannya. Dunia amatur ni cukup luas. Adakah dengan membimbit HT atau antenna bercaragah di keta dah cukup bagus kita?. Baru - baru ni Penulis amat terkilan(tidak senang hati, tersinggung perasaan), masih terdapat individu yang cuba memecah belah atau mencaci, fitnah, dan mengumpat serta memburuk-buruk orang lain walaupun pada penilaian penulis bahawa orang yang beliau cemuhkan itu tidak dikenali lebih mendalam.  Orang tua-tua kata "umur baru setahun jagung, darah setampuk pinang"

"Dengan memburuk2  bagus atau tidak seseorang itu, menilai ikhlas atau tidak seseorang itu, bukannya kita....siapa kita pada sisi Dia." Apa yang ditakuti 'orang yang suka memperburuk2 orang dah tak diterima oleh kampung lamannya lalu larilah pelusok dunia radio amatur yang amat kecil ini. Bergelar Pangkat atau tidak janji sampai matlamat, matlamat menghalalkan cara"!. 

Penulis pun mengenali ramai ham dan berkawan dan ini lah pertama kali mendengar dari telinga sendiri mungkin ham radio lain dah lama tahu al-kisah cerita yang membusuk ini dan jelek ini. Kata ham yang  agak muda dalam ham ni "Tak kemana dengan apa yang dibanggakan dan dari segi akta dan perundangan masih terkawal." 


73'